Tuesday 9 April 2013

Hutan Simpan Ulu Muda

"Anugerah Daripada Allah"

      HUTAN SIMPAN ULU MUDA adalah kawasan hutan hujan utama di Kedah yang bersempadan dengan Thailand. Hutan simpan seluas 120,000 hektar ini adalah kawasan tadahan hujan utama di utara tanah air merangkumi tiga tasik utama -- Tasik Pedu, Tasik Muda dan Tasik Beris.



Walaupun menyimpan khazanah alam semula jadi, Ulu Muda kurang dikenali ramai dan belum diteroka sepenuhnya. Uniknya, walaupun masih dalam kawasan iklim tropika, ia memiliki beberapa ciri monsun kering yang lazimnya ditemui di Thailand.

Gabungan tanah rendah dan hutan berbukit menjadikannya kediaman untuk flora dan fauna. Peminat burung pasti menggemari kawasan ini yang dipenuhi spesies burung pemangsa berhampiran tasik. 

Jika bernasib baik, anda boleh melihat mamalia seperti gajah atau tapir yang keluar minum di lopak air atau tepi tasik. 


Tasik Beris Sumber Air Orang Kedah


   Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000'

   Terletak di daerah SikKedah, ia asalnya adalah terdiri daripada beberapa buah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang yang terdapat didalam kampung ini ialah Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar dan kampung batu seketul terletak di Mukim Sok , Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km dan kira-kira 1.6 km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Muda.



  Ketika Tasik Beris dalam proses pembinaan lebih seribu kubur telah dipindahkan pada tahun 2002. Kampung yang telibat ialah Kampung Batu Seketol, Kampung Sungai Batang (Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar), Kampung Ternas dan Kampung Telaga Batu. Penduduk-penduduk kampung tersebut sekarang ditempatkan di Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sik dan 5 kilometer dari Pekan Jeniang

Ladang Anggur Tasik Beris


''Anggur Terbaik Daripada Ladang"

  LADANG ANGGOR di usahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai dua ladang anggur iaitu di pinggir kawasan Empangan Beris yang mempunyai keluasan 4 ekar dengan jumlah tanaman anggor sebanyak 1000 pokok dan di Sungai Senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok. 



Fokus utama adalah menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu destinasi pelancongan iaitu dalam sektor agrotourism. Wujudnya tanaman anggur di daerah Sik membukti anggur bukan sahaja boleh ditanam pada iklim sejuk tetapi cuaca yang panas, juga sesuai ditanam.
Dengan adanya ladang anggur di daerah ini dapat membantu dan menggalakkan proses pembelajaran dalam bidang tanaman yang baru yang mana setiap hari menerima kunjungan daripada badan kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang berminat mengetahui cara-cara penanaman anggur. Anggur ditanam menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur. 
Untuk mengeluarkan hasil yang baik tanaman anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang. Black Grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam untuk pasaran tempatan.

Lata Lembu Emas


      Hutan Lipur Lata Lembu mendapat namanya daripada batu-batan yang terdapat di bawah air terjun disini yang berbentuk seakan lembu. Kawasan hutan jeram ini dari jenis Hutan Teropika Bukit yang mempunyai pelbagai flora dan fauna. Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah Meranti Melantai, Meranti Langgong dan Meranti Tembaga.
Antara elemen semulajadi yang terdapat di kawasan Hutan Lipur Lata Lembu ialah rangkaian air terjun semulajadi setinggi 30 meter dan jeram yang berpunca dari Bukit Semerliang dan mengalir melalui Sungai Lata Lembu dan Sungai Semerliang.
Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah perkhemahan, menjejak fauna dan menikmati keindahan alam semulajadi. Disamping itu, pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini. Satu denai hutan sepanjang 5 kilometer boleh menghubungkan ke Hutan Lipur Lata Mengkuang.
   Kemudahan disediakan untuk pengunjung mandi manda, berkelah, berkhemah  dan merentas denai hutan. Hutan lipur ini berjarak 16km dari Pekan Sik dan 95 kilometer dari Alor Setar.

Rimba Taqwa

"Riadah Sebagai Ibadah"



  Rimba Perangin atau dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan nama Rimba Taqwa merupakan kawasan pelancongan utama di Daerah Sik, Kedah. Rimba Taqwa yang terletak di Hutan Simpan Bukit Enggang merupakan taman terawal dibangunkan di Negeri Kedah yang memiliki pelbagai khazanan alam semula jadi seperti hutan asli, air terjun, kejernihan air sungan dan panorama menarik yang sesuai untuk aktiviti riadah dan perkenalan.

  Selain itu, lokasinya hanya kira-kira tiga kilometer dari Pekan Sik merupakan salah satu faktor utama kedatangan pengunjung ke sana. Terletak kira-kira 11 kilometer dari Kg Sungai Senang, kawasan itu mula dibangunkan pada tahun 1967 dan dikawal selia oleh Pejabat Daerah Sik.



Monday 8 April 2013

Lata Mengkuang

Nyaman Dan Tenteram




    Hutan Lipur Lata Mengkuang terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi kawasan 72. Ia terletak sekitar 11 km daripada Pekan Sik atau 95 km dari Alor Setar.

   Hutan Lipur Lata Mengkuang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah yang terletak sekitar 200 meter dari paras laut. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok Meranti Melantai,Meranti langgongMeranti tembaga serta Palma. Terdapat sebatang sungai yang bernama Sungai Chepir yang mengalir di hutan lipur ini yang mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda.