Monday 8 April 2013

Lata Mengkuang

Nyaman Dan Tenteram




    Hutan Lipur Lata Mengkuang terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi kawasan 72. Ia terletak sekitar 11 km daripada Pekan Sik atau 95 km dari Alor Setar.

   Hutan Lipur Lata Mengkuang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah yang terletak sekitar 200 meter dari paras laut. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok Meranti Melantai,Meranti langgongMeranti tembaga serta Palma. Terdapat sebatang sungai yang bernama Sungai Chepir yang mengalir di hutan lipur ini yang mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda.



No comments:

Post a Comment