"Anugerah Daripada Allah"
HUTAN SIMPAN ULU MUDA adalah kawasan hutan hujan utama di Kedah yang bersempadan dengan Thailand. Hutan simpan seluas 120,000 hektar ini adalah kawasan tadahan hujan utama di utara tanah air merangkumi tiga tasik utama -- Tasik Pedu, Tasik Muda dan Tasik Beris.
Walaupun menyimpan khazanah alam semula jadi, Ulu Muda kurang dikenali ramai dan belum diteroka sepenuhnya. Uniknya, walaupun masih dalam kawasan iklim tropika, ia memiliki beberapa ciri monsun kering yang lazimnya ditemui di Thailand.
Gabungan tanah rendah dan hutan berbukit menjadikannya kediaman untuk flora dan fauna. Peminat burung pasti menggemari kawasan ini yang dipenuhi spesies burung pemangsa berhampiran tasik.
Jika bernasib baik, anda boleh melihat mamalia seperti gajah atau tapir yang keluar minum di lopak air atau tepi tasik.
No comments:
Post a Comment